Khamis, 28 Mac 2019

MP Sandakan Stephen Wong meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong, 65 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi.

Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan dan Pengerusi DAP Sabah itu kini dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama jemaah kabinet negeri kini berada di HQE untuk melawat mayat mendiang.

Satu sidang media juga akan dilakukan oleh Mohd Shafie berhubung perkembangan kes berkenaan.

Loading...
Share This