Rabu, 13 Mac 2019

Lajim menang saman fitnah


MAHKAMAH Sesyen Kota Kinabalu mengarahkan sebuah stesen televisyen membayar ganti rugi yang tiada didedahkan kepada Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Datuk Seri Lajim Ukin kerana menerbitkan berita fitnah mengenai beliau.

Penentuan ganti rugi dibacakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Indera Ayub kepada plaintif. Lajim diwakili oleh Datuk Norbert Chin dan Datuk Maijol Mahap, manakala kerajaan diwakili Razali Andijaya.

Lajim memfailkan saman itu terhadap stesen TV berkenaan kerana mengeluarkan berita dengan memaparkan di kaca televisyen yang menyebut Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak isytihar Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Lajim Ukin muflis.

Lajim ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini berkata beliau gembira dengan keputusan yang telah membersihkan namanya.

'Kami mempunyai syarat untuk tidak mendedahkan jumlah bayaran pampasan yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

"Di samping itu, saya dibenarkan membuat kenyataan berhubung kes ini kerana telah diselesaikan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen," katanya.

Loading...
Share This