Isnin, 18 Mac 2019

Kita akan pergi ke Sabah pada 6 April - Tun Mahathir



PUTRAJAYA: Lapan bekas pemimpin UMNO Sabah termasuk enam wakil rakyat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang pelancaran rasmi parti itu di Sabah 6 April ini.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kad keahlian parti kepada mereka di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Enam wakil rakyat bebas berkenaan ialah Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abd Rahim Bakri; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun; Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Edris Ahli Parlimen Beluran; Datuk Seri Ronald Kiandee; ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor; dan ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Selain mereka, turut menyertai Bersatu ialah dua lagi Senator, iaitu Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin dan Datuk John Ambrose.

Kata Dr Mahathir, kemasukan mereka adalah selaras dengan pelancaran Bersatu di Sabah bulan depan.

“Kita mengadakan sidang media ini untuk mengisyhtiharkan kemasukan beberapa ahli Dewan Rakyat bebas yang nak sertai Bersatu.

“Kita akan pergi ke Sabah pada 6 April tetapi sebelum pergi sudah ada yang nak sertai Bersatu Sabah. Bersatu Sabah ini adalah anggota PH dan dan PH adalah kerajaan,” katanya dalam satu sidang media di sini pada Jumaat.

Pada masa sama, beliau sekali lagi menegaskan penubuhan Bersatu di Sabah bukan untuk merampas kedudukan Warisan di negeri itu.

“Maknanya ahli Bersatu akan sokong kerajaan Warisan. Kita tiada niat nak ketepikan atau ganti Warisan. Sebaliknya Warisan ada dengan PH dan kita dalam PH akan beri sokongan pada warisan. Kita tiada niat nak ganti mana-mana pihak.

"Kita nak ada di sana sebab nak sokong Warisan dan itu menjadi pendirian Bersatu di Sabah,” ujar beliau.
Tan Sri Pandikar membuat lawatan tapak Sambutan Pelancaran Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang akan diadakan di ITTC, Penampang pada sabtu lalu.


Loading...
Share This