Jumaat, 22 Mac 2019

'Kita adalah satu' - Ardern hadir solat Jumaat, bertafakur


CHRISTCHURCH: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengetuai anggaran 5,000 orang yang berdiri di Hagley Park di hadapan Masjid Al Noor ketika solat Jumaat diadakan di sini dan sekitar negara itu.

Ribuan penduduk bukan Muslim datang bagi memperingati 50 mangsa yang dibunuh dalam insiden dua masjid seminggu lalu.

“New Zealand berkabung bersama anda. Kita adalah satu,” katanya dalam ucapan pendek diikuti tafakur dua minit.

Kebanyakan mangsa pembunuhan terburuk New Zealand adalah pendatang atau pelarian dari negara seperti Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Turki, Somalia, Afghanistan dan Bangladesh.

“Kami amat bersedih, namun kami tidak berpecah. Kami bersatu dan tidak membiarkan sesiapa memecahbelahkan kami.

“Kepada keluarga mangsa, orang tersayang tidak mati sia-sia. Darah mereka mengairkan benih harapan,” kata Imam Gamal Fouda kepada hadirin yang berkumpul, ramai memakai selendang tanda sokongan penduduk Islam. -Reuters

Loading...
Share This