Isnin, 25 Mac 2019

Kereta terbalik lima kali

KEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki erbabas dan terbalik sebanyak lima kali di Jalan Ranau - Tamparuli

KOTA BELUD:
 Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan terbalik sebanyak lima kali di Jalan Ranau - Tamparuli, Kampung Kiau di sini, Jumaat lepas.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa yang berumur 37 tahun dan memandu kenderaan jenis Mitsubishi Triton tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Mohd Zaidi Abdullah yang mengesahkan kejadian berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu ketika menuruni bukit dari arah Ranau menghala ke Kota Kinabalu.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan kanan lalu melanggar parit konkrit”. 


“Akibat itu, kenderaan terbalik sebanyak lima kali di jalan raya,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, terdapat sebahagian permukaan jalan di bahagian kiri dan kanan tidak berturap manakala cuaca hujan lebat.

“Mangsa bernasib baik tidak mengalami cedera dan mujur ia tidak berlaku di bahu kiri jalan yang berhampiran gaung”.


Kes disiasat di bawah Peraturan 10Ln 166/59. – R. Gonzales 

Loading...
Share This