Rabu, 27 Mac 2019

Gangguan air sebab tidak cejap bukan kemarau


KOTA KINABALU: Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di negeri ini bukan disebabkan kemarau tetapi ketidakcekapan, kata bekas ketua menteri Datuk Yong Teck Lee.
Mengulas dakwaan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony bahawa pelantikan Pengarah Jabatan Air adalah sah, Yong menasihatkan menteri itu untuk menyerahkan isu tersebut kepada mahkamah.
"Jika pelantikan pengarah itu sah, maka kualiti, pengalaman, kekananan dan profesionalisme semua penjawat awam menghadapi risiko serius campur tangan politik pada peringkat tertinggi," katanya datam satu kenyataan, Isnin.
Contohnya, 1,335 pekerja di loji-loji rawatan air cti selurnh Sabah belum menerima gaji mereka sejak Januari disebabkan kelemahan pentadbiran datam kerajaan. Tentu saja penderitaan 1,335 pekerja itu mempunyai impak besar pada semangat dan prestasi kakitangan.
"Mengenai dakwaan Menteri bahawa gangguan bekalan air di beberapa bailagian Sabah adalah disebabkan oleh musim kemarau sekarang ini, saya mahu ingatkan beliau bahawa ramai pegawai, termasuk Pengarah Jabatan Air dan wakil rakyat, secara umum menyatakan bahawa paras air di empangan dan sungai dapat bertahan dua hingga tiga bulan lagi,"katanya.
Beiiau Lnenegaskan bahawa Menteri Air persekutuan, Xavier Jayakumar, menyenaraikan enam negeri sebagai mempunyai masalah bekalan air disebabkan kemarau iaitu Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan tetapi bukan Sabah.
"Musim kemarau sekarang bukan perkara luar biasa yang Jabatan Air tidak dapat kendalikan sebagai sebahagian daripada rancangan kontingensinya.
"Ini tidak seperti cuaca El Nino 1997 apabila tiada hujan selama tiga bulan berturut-turut, menyebabkan kekurangan air yang teruk, kebakaran kawasan gambut dan jerebu. Itulah kali terakhir kita ada pembenihan awan di Sabah," katanya.
Beliau berkata Menteri menggunakan musim kemarau sekarang ini untuk memberi justifikasi kepada keputusan kontroversi kerajaan untuk membina sebuah empangan besar di Kaiduan di Penampang/Papar.
Tetapi pada masa yang sama, Jabatan Air membatalkan projek-projek empangan air di Tawau dan Lahad Datu, pada hari pertama pengarah Jabatan Air mula bertugas. Menteri perlu menjelaskan perkara-perkara ini datam pembuatan keputusan.
Satu contoh ketara tindakan lucu jabatan Air adalah ujian kecekapan wajib bagi tukang paip bermula tahun ini.
Ujian perubatan yang diperlukan bagi tukang paip adalah sama ketat seperti Juruterbang pesawat bukan komersial. Contoh daripada banyak syarat perubatan adalah, seseorang tukang paip tidak harus ada kesukaran melihat dalam keadaan gelap. Ini bermakna tukang paip mesti mempunyai penglihatan seperti burung hantu.
"Selain ilu, seseorang tukang paip tidak harus mempunyai masalah dengan alkohol datam tempoh LIMA tahun terakhir. Apa rasionalnya untuk megenakan syarat perubatan begitu pada tukang paip?" kata Yong

Loading...
Share This