Ahad, 10 Mac 2019

Disambar petir di Padang bola


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki maut manakala empat rakannya cedera parah selepas disambar petir di padang bola sepak di Setia Badminton Academy, Setia Alam, di sini hari ini. 

Mangsa warga Rohingya bersama rakan senegara ketika itu dalam aksi perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan. 

Difahamkan, pengadil sudah menghentikan perlawanan sebelum hujan lebat yang melanda di kawasan sekitar, kira-kira jam 5 petang. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung kejadian terbabit. 

“Mangsa yang terlibat adalah lima lelaki Rohingya. 

Seorang telah meninggal dunia di tempat kejadian dan empat orang mengalami kecederaan serta telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang,” katanya. 

Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. AKAN MENYUSUL

Loading...
Share This