Jumaat, 29 Mac 2019

Brunei laksanakan Hukum Hudud


Brunei akan mula melaksanakan hukum hudud bagi negara berkenaan pada 3 April iaitu pada hari rabu depan, kata pihak berkuasa negara itu. 

Hukuman itu melibatkan kepada pesalah zina dan seks sejenis yang akan dihukum rejam sampai mati. Manakala kepada pesalah kesalahan mencuri juga akan dijatuhkan dengan hukuman potong tangan bagi kesalahan pertama dan potong kaki bagi kesalahan kedua.

Perkara ini telah dinyatakan oleh notis Pejabat Peguam Negara Brunei bertarikh 29 Disember 2018 dan jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama memaklumkan Sultan Hassanal Bolkiah dijangka mengumumkanya pada 3 April ini.

Walaubagaimanapun, hukuman ini hanya melibatkan rakyat beragama islam, mengikut undang-undang syariah yang telah digubal 4 tahun lepas tetapi telah ditangguh perlaksanaanya, menurut agensi laporan AFP.  

Badan hak asasi amnesty International telah menggesa agar brunei segera menghentikan perlaksaan hukuman dengan menyifatkanya sebagai hukaman kejam.

Loading...
Share This