Jumaat, 15 Mac 2019

Beri dokumen diri hanya pandangan: Shafie


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan bahawa pemberian dokumen diri terhadap kanak- kanak yang memiliki salah seorang ibu bapa warga tempatan hanyalah pandangan sendiri dan bukanlah tindakan yang perlu dilaksanakan.

Katanya, pandangan itu hanyalah sebagai maklumbalas ketika menjawab pertanyaan Menteri Dalam Negeri semasa Persidangan Parlimen berlangsung, baru- baru ini.

"Ini bukan rancangan saya (seperti yang digembar gemburkan), ia sebenarnya respon saya ketika Menteri Dalam Negeri menanyakan pendapat saya ketika sidang Parlimen berlangsung.

"Bagi saya, usaha itu bagus kerana mereka (kanak-kanak) adalah Sabahan. Salah seorang ibu bapa adalah warga tempatan yang mana kanak-kanak ini tanpa dokumen mesti memohon bagi memastikan mereka dapat bersekolah, merasai fasiliti, dan pembelaan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Regatta Lepa Jubli Perak 2019, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), pada Jumaat.

Selain itu, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, usaha itu juga bukan di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri, tetapi melalui Kerajaan Pusat sama ada mahu melaksanakan.

"Ini adalah jawapan yang saya bangkitkan dalam Parlimen cuma saya nyatakan haruslah mengikut langkah komprehensif supaya dapat membantu anak-anak ini di mana ibu bapa dia ada orang Cina yang kahwin dengan bukan rakyat Malaysia tetapi mereka sudah memiliki anak.

"Kalau bapanya orang asing, ibunya orang asing, mereka bukan warganegara Sabah dan saya tidak akan perjuangkan hak orang asing.

"Kita sekarang memperkatakan tentang salah seorang ibu atau bapa dia tiada dokumen yang mana mereka kahwin tidak didaftar dengan sebaiknya," katanya.

Loading...
Share This