Sabtu, 23 Mac 2019

Anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik


PAPAR: Seorang anggota bomba mengalami kecederaan selepas terkena renjatan elektrik ketika memadam kebakaran rumah di Kampung Berundung Jalan Hospital Papar di sini malam Khamis.

Ketua Operasi Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Roslie Jun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.07 malam membabitkan sebuah rumah sebelum menggegaskan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar ke lokasi.

"Sebaik tiba, anggota bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba dan kebakaran berjaya dipadam jam 10.20 malam kemudian.

"Kebakaran hanya menjejaskan bahagian siling rumah jenis kekal seluas 40X60 kaki persegi," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata seorang anggotanya mengalami kecederaan akibat terkena renjatan elektrik ketika kerja pemadaman sedang dijalankan.

"Anggota berkenaan diberikan rawatan awal pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Papar menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

"Syukurlah, anggota berkenaan kini stabil dan tidak mengalami kecederaan serius, malah sudah dibenarkan pulang oleh pihak hospital," katanya.

Loading...
Share This