Isnin, 18 Mac 2019

800 sertai Parti AMANAH di Kota Marudu



Lagi 800 sertai AMANAH Kota Marudu yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama di daerah itu dalam satu program Temu Rapat Pemuda bersama YB Faiz Fadzil, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional. 

Acara penyerahan borang telah disempurnakan oleh YB Faiz Fadzil, ADUN Permatang Pasir merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Menurut Ketua Pemuda AMANAH Kota Marudu, Zaidi Jatil, penyertaan dalam kalangan pemuda dari Kota Marudu sangat memberangsangkan pada ketika ini.

“Sesuai dengan pendekatan AMANAH yang terbuka kepada semua agama dan kaum, ramai anak-anak muda menyertai parti ini dari pelbagai latar belakang,” katanya.

Zaidi turut merakamkan penghargaan kepada YB Faiz Fadzil selaku Pemuda Nasional dan Khairuddin Daud, Ketua Pemuda AMANAH Sabah yang sering turun padang melawat kawasan-kawasan AMANAH dan mengadakan program di Kota Marudu.

“Pemuda AMANAH di Kota Marudu, Ketua-ketua Pemuda Cawangan sangat membantu perkembangan parti ini di sini”, ujarnya.

Tambahnya lagi kepimpinan di peringkat kawasan yang diterajui Rendy Ismail, membantu menarik minat tokoh-tokoh besar dan golongan profesional di Kota Marudu untuk menyertai AMANAH.

Seramai 100 orang pemuda daripada pelbagai kawasan AMANAH di negeri Sabah turut menyertai Temu Rapat Bersama YB Faiz Fadzil. - AMANAH SABAH NEWS

Loading...
Share This