Ahad, 17 Mac 2019

32 buah rumah atas air di Sandakan musnah dalam kebakaran


SANDAKAN  - Sebanyak 32 buah rumah atas air di Kampung Air, Sandakan musnah dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu turut mencederakan seorang lelaki akibat melecur di bahagian tangan.

Mangsa yang diberikan rawatan awal dilokasi kejadian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Api yang marak menyebabkan wayar elektrik terbakar sehingga berjuntai ke dalam air laut turut menyebabkan 2 anggota bomba yang melakukan pemadaman api merasai sedikit renjatan elektrik.

Terdapat anggota turut terpaksa berada di dalam permukaan air laut hingga ke paras pingang ketika melakukan pemadaman kerana terdapat jambatan yang telah runtuh dan tidak dapat dilalui.

Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 5.28 pagi menggegaskan 19 anggota diketuai Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan, Anddre Andrew menggunakan 3 buah jentera, sebuah kenderaan EMRS serta sebuah utiliti.

Operasi terkawal pada pukul 6.30 pagi.

Dalam.pada itu, Jawatankuasa Bencana Sandakan yang dianggotai pelbagai agensi giat melakukan penyaluran bantuan kepada mangsa kebakaran khususnya menyediakan penempatan sementara mangsa kebakaran, penyaluran bekalan makanan selain membaikpulih bekalan elektrik yang terputus akibat kejadian itu.

Loading...
Share This