Penunggang Basikal maut terlibat kemalangan di Jalan Lintas


KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dan basikal di Jalan Lintas di sini malam tadi.

Laporan Polis berhubung kejadian berkenaan.

Pada 24 Jun 2018 jam lebih kurang 10.14 malam, bertempat di Jalan Lintas, Kota Kinabalu, berhampiran simpang Taman Khidmat, berlaku satu kemalangan maut melibatkan sebuah motokar jenis Mazda dipandu oleh lelaki berumur 24 tahun dengan sebuah basikal jenis PSX ditunggang oleh lelaki 59 tahun.

Akibat daripada kemalangan tersebut, Penunggang Basikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth II.

Kes disiasat di bawah Sek. 41(1) APJ 1987 iaitu memandu dalam keadaan cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Polis Daerah Kota Kinabalu

Related

Kota Kinabalu 2674285837774079782

Popular

Terkini

Identiti mangsa dalam Myvi hanyut di Kionsom dikenal pasti

Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu. KOTA KINABALU - Identiti kedua-dua mang...

item