Remaja tidak mengaku rogol gadis berusia 14 tahun

MIRI: Mahkamah Sesyen menetapkan tiga hari bermula 13 hingga 15 September depan untuk perbicaraan kes seorang remaja lelaki yang mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol seorang gadis bawah umur berusia 14 tahun dan lima bulan.

Manakala juvana terbabit dibenarkan dibebas dengan jaminan lanjut RM10,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut. Juvana terbabit, 16, dari Pujut 5 di sini telah didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, juvana terbabit telah merogol seorang gadis berusia 14 tahun dan lima bulan. Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 9 malam hingga 11 malam, 6 Ogos 2011 di sebuah bilik di sebuah rumah terletak di Lorong Kiambang 7, Tudan di sini.

Related

Kes Rogol 6444352584215332292

Popular

Terkini

Identiti mangsa dalam Myvi hanyut di Kionsom dikenal pasti

Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu. KOTA KINABALU - Identiti kedua-dua mang...

item