Lelaki koma selepas dipercayai dibelasah

KUCHING: Seorang lelaki koma selepas ditemui berlumuran darah di kaki lima deretan kedai di Taman Malihah, Matang malam kelmarin.

Menurut sumber, lelaki berusia 20-an itu yang dipercayai dibelasah ditemui orang awam sekitar jam 9.30 malam dan kemudian memaklumkan kepada keluarganya yang juga tinggal berdekatan tempat kejadian.
Difahamkan, keluarganya bergegas ke tempat kejadian kemudian terus mengejarkan mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Dipercayai mangsa dibelasah sekumpulan lelaki sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kaki lima kedai tersebut,” kata sumber.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan masih belum sedarkan diri dan dirawat di Zon Merah Unit Kecemasan HUS.

Sumber selain itu turut memberitahu laporan polis juga telah dibuat oleh keluarga mangsa untuk siasatan lanjut.

Related

Berita Sabah Online 2196790043452140463

Popular

Terkini

Identiti mangsa dalam Myvi hanyut di Kionsom dikenal pasti

Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu. KOTA KINABALU - Identiti kedua-dua mang...

item